Aku sempat melayari beberapa blog pagi ini. Aku tertarik dengan satu blog ini yang menulis tentang makna hadiah. Haha rupanya memberi hadiah pun ada makna ya. Aku sendiri pun tidak tahu. Yang aku tahu memberi bunga sahaja yang mempunyai makna tersirat. So aku post kan kembali makna hadiah yang aku copy dari blognya disini. Sekadar tatapan. Bukan curi idea ya!
![]()
JAM TANGAN………
Tanda mengingati setiap masa dan waktu.
CINCIN………….
Tanda ikatan kasih yang abadi.
GELANG………….
Tanda mesra
RANTAI LEHER …….
Ikatan cinta yang perlu perhatian.
SUBANG………….
Tanda penghargaan dan penghormatan.
KASUT…………..
Sentiasa mengambil berat/prihatin.
PAKAIAN/KAIN…….
Semoga kasih berkekalan dan dekat selalu.
PAYUNG………….
Tanda kasih dan sentiasa ingin melindungi.
MINYAK WANGI…….
Tanda cinta
BINGKAI GAMBAR…..
Sentiasa merindu dan tak ingin berjauhan.
BUKU……………
Bersifat terbuka dan bertolak ansur.
BUNGA……………
Tanda perkenalan dan tanda sayang
COKELAT ……..
Semanis cintamu.
LAGU/CD/KAD UCAPAN ………
Mengabadikan cinta
SEJADAH DAN ALQURAN………
Tandanya kekasihnya itu menyayanginya dunia dan akhirat.
Haha biar aku beterus terang di sini. Nothing to hide ok
Hadiah yang aku pernah bagi pada teman-teman wanita aku selama aku ada teman wanita dari dahulu hingga kini ialah jam tangan, buku rantai leher ( bukan rantai basikal hehe ) dan lagu CD dan kad ucapan. Yang aku terima pula? Hahaha.. apa ya.. haa.. buku & kad ucapan. Itulah di antara hadiah yang pernah aku terima selama ini. Aku tidak mengharap dan aku tidak meminta ok
tapi kalau di tanya apakah hadiah yang aku mahu? i want something that money can’t buy. it’s priceless