Aku telah bekenalan denganya pada malam 3 bulan lepas. Setelah hampir lebih 3 bulan aku bersamanya. Hari ini aku mengambil keputusan untuk meninggalkanya. Mulanya memang aku rasa berat hati hendak meninggalkanya.. maklumlah dia memang cantik dan sempurna bagiku. Dia juga bijak dan baik, selalu sahaja mengikiut apa sahaja kataku. Tapi setelah aku berfikir dan mendapatkan nasihat dari kawan-kawan,aku merasakan aku harus membuat satu keputusan demi kebaikan kami bersama.
Aku tidak mahu memaksanya. Melakukan itu dan ini lagi. Aku tahu.. dia masih belum mampu untuk melakukan semua itu. Semua itu memang tidak sesuai denganya. Aku tahu dia tertekan dengan sikapku. Aku tidak mahu memaksanya lagi kerana dia tidak dapat memberikan apa yang aku mahu..
Masih terbayang-bayang lagi dibenak fikiranku.. kali pertama aku bertentang mata denganya.. Wajahnya.. suaranya.. oh. Aku terus tertawan. Kemudian dia memberikan aku nombornya. Sejak malam itu hatiku terpaut padanya. Hari beganti hari. Kami sering menghabiskan masa bersama. Mulanya aku kekok ketika bersamanya.. tetapi lama ke lamaan kami menjadi serasi. Kami seperti pasangan yang ideal. Susah senang kami harungi bersama. Pernah sekali dia jatuh sakit. Tuhan sahaja tahu bagaimana perasaan aku ketika itu.
Aku tahu dia tak mahu aku menduakanya. Kerana itu aku mengambil keputusan ini, untuk meninggalkanya. Bagi aku kami banyak bezanya. Akhir-akhir ni kami sering beselisih pendapat. Aku mahu ini.. dia mahu itu. Kami juga sudah jarang menghabiskn masa bersama seperti dahulu. Mungkin sudah tertulis tiada jodoh di antara kami agaknya.
Terima kasih kerana memberi aku peluang untuk berkenalan dengan mu. Walaupun hanya untuk seketika kau telah mengajarku tentang banyak perkara. Aku takkan lupa semua itu.. Selamat tinggal Window Vista!