Amai Long..Amai Ngah.. Mama. Long rasa rindu. Long rasa sunyi. Kenapa pergi tinggalkan Long.Kadang-kadang Long rasa ni semua bagaikan mimpi. Seakan-akan tak percaya semua ini berlaku pada Long. Kenapa semua ini terjadi pada Long. Berat sungguh ujian yang Long terima daripada tuhan. Kadang-kadang Long rasa macam ini semua hukuman bagi kesalahan Long..kesilapan Long.. kelalaian Long dengan Dia. Entah la.. Kadang kadang fikiran ni buntu, adakalanya tertekan dengan situasi yang menghimpit ini.Air mata ini selalu jatuh Amai Long..Amai Ngah.. Mama nampak kan air mata ni jatuh. Selalu sangat dia jatuh. Kadang-kadang jatuh bersebab.. kadang-kadang jatuh tampa sebab.Kenangan dan kata-kata Amai Long..Amai Ngah.. Mama sentiasa bermain di benak fikiran Long. “Long pergi kerja jalan baik-baik”… “Long pergi sarapan dulu”… “Long kalau nak duit mintak”… ” Long petang balik makan Amai masak lauk asam pedas”… dan banyak lagi. Semua kata-kata tuh sentiasa bermain di fikiran Long.
Semua kawan-kawan kata Long tabah..Long kuat.. tapi tuhan sahaja tau apa perasaan dan apa yang Long rasakan sebenarnya. Long cuba tak tunjuk pada semua lebih-lebih lagi pada keluarga. Long cuba kuatkan diri Long..tabahkan hati ni depan mereka semua. Kadang-kadang bila baca yaasin air mata ni jatuh juga, cepat-cepat Long lap sebelum diorang perasan. Selalunya tiap-tiap malam bila Long baca Yaasin Amai Long..Amai Ngah.. dan Mama mesti ada.. duduk kat sofa depan Long aminkan doa-doa Long.Tapi sekarang.. sofa tu kosong. Long tak nampak bekas sirih.. Long tak nampak pinang, Long tak nampak minyak kapak, Long tak nampak cawan ada dekat sofa tu lagi dan Long tak nampak Amai Long..Amai Ngah.. Mama duduk kat sofa. Aminkan doa-doa Long dan dengar Long baca Yaasin. Long rindukan semua tu. Long rindukan wajah Amai Long..Amai Ngah.. dan Mama. Long rindukan suara dan leteran Amai Long..Amai Ngah.. dan Mama.
Kalau dulu tiap-tiap pagi Long datang Mama, Amai Ngah dan Amai Long lah yang Long cari. Tapi sekarang.. Entah la rumah ni dah tak sama macam dulu lagi. Sunyi.. Semua dapat rasa kesunyian tu. Long tak tahu dah nak buat apa. Long masuk bilik Mama, Amai Ngah dan Amai Yong Long tengok baju baju Mama yang tersusun di almari. Tengok baju kurung yang Amai Ngah yang siap bergosok yang Amai Ngah kata nak pakai Raya Haji nanti. Tengok bantal-bantal Mama dan Amai Ngah. Tengok tilam Amai Long.. pinang,sirih kapur Mama membuatkan kenangan-kenangan lalu seakan-akan berputar kembali. Telinga ni selalu seakan-akan terdengar suara Mama, Amai Ngah dan Amai Long memanggil Long..marah Long. Kenapa buat Long macam ni Mama..? kenapa Amai Ngah..? kenapa Amai Long..? kenapa pergi tinggalkan Long.. Tau kan macam mana Long sayang pada Mama.. pada Amai Ngah.. pada Amai Long..
Siapa nak suruh Long balik makan lagi? Siapa nak marah Long bila tak potong rambut? Bila Long pakai gel? Bila Long pakai perfume? Bila Long pakai baju warna hitam? Bila Long asik pakai jean’s?…Siapa?… Siapa lagi akan suruh Long pergi kedai? Mintak tolong Long beli ubat? Mintak tolong Long urutkan? Buatkan milo? Ambilkan nasi? Bayarkan bil? Siapa lagi akan tanya Long nak makan apa? Masakan lauk kegemaran Long? Tanya balik tak hari ni?..siapa? Siapa lagi akan suruh Long jalan pergi kerja baik-baik? Kerja elok elok? Siapa lagi akan tunggu Long balik? Tanya Long dah makan ke tak? Jaga Long bila Long sakit? Bagi Long ubat? Bagi Long duit? Siapa Mama?.. siapa Amai Ngah?.. siapa Amai Long? Siapa akan buat macam tu pada Long? Layan Long macam tu.. Jaga Long macam tu? Siapa?..Siapa?
Mama.. Amai Ngah… Amai Long.. Terima kasih banyak-banyak. Terima kasih sebab jaga Long, membesarkan Long, mendidik Long.. terima kasih banyak-banyak. Maafkan Long.. kalau Long ada tersilap kata.. terkasar bahasa dengan Mama..dengan Amai Ngah… dengan Amai Long… Long mintak maaf.. Long mintak ampun. Long tau Long banyak buat silap..Long banyak buat dosa. Ampunkan Long. Jasa Mama..Amai Ngah.. Amai Long.. tak mampu Long balas.. Long akan sentiasa doakan untuk Mama.. untuk Amai Ngah.. untuk Amai Long… sampai ke hujung hayat Long. Hanya tuhan sahaja dapat balas jasa dan budi Mama.. Amai Ngah… dan Amai Long pada keluarga dan pada Long. Kalau Long di beri 1 lagi peluang untuk jaga Mama..jaga Amai Ngah.. jaga Amai Long… Long pasti akan gunakan peluang tu dengan sebaik-baiknya. Long takkan lupakan Mama..Amai Ngah.. Amai Long. Tunggu Long ye Mama..Tunggu Long ye Amai Ngah..tunggu Long ye Amai Long. Macam Long selalu kata satu hari nanti kita pasti akan bekumpul semula…
p/s: Al-Fatihah kepada arwah Hjh Aasha Bibi Bte Mustaffa, Hjh Nabisah Bte Unin dan Hjh Hawwah Bte Mustaffa moga rohnya di tempatkan bersama orang-orang yang beriman.



