Arkib bagi Bulan Disember 2007

Tahun baru

Disember 29, 2007

Tinggal berapa hari sahaja lagi akan masuk tahun 2008. Aku rasakan tahun ini (2007) yang paling cepat berlalu. Paling banyak dugaan dan rintangan yang aku tempuhi, paling banyak suka dan duka yang aku hadapi, paling banyak juga ketawa dan air mata,sakit, sedih, rindu, sunyi dan banyak lagi perasaan yang aku rasakan dan tak lupa juga paling banyak juga perkara yang dapat aku dapat pelajari pada tahun ini.

Pada tiap-tiap bulan Disember semua orang akan berlumba-lumba untuk pasang azam baru. Aku pun tak terkecuali. Tapi bila masuk sahaja bulan Januari semua akan terlupa tentang azam mereka, termasuk juga diri aku. Selalunya kawan-kawanku dan keluarga aku yang akan bertanya padaku apa azam tahun baru aku, dan jawapan yang aku beri pada mereka selalunya berbeza. Haha.. mungkin kerana aku sendiri pun tak tahu apa yang perlu aku azamkan.

Setiap tahun aku berazam tetapi hingga kini aku tak pernah capai pun apa yang aku azamkan. Mungkin sebab aku tak pernah memandang serius tentang hal itu. Kadang-kadang aku rasakan aku seperti tak mampu mencapai apa yang di azam kan. Kenapa?. Jadi hari ini aku bertanyakan persoalan ini pada diri ku. Kenapa selama ini aku tak mampu mencapai apa yang aku sering azamkan? Why i cannot archive my goal? Adakah aku ni tiada matlamat hidup?.. Entah. Semua soalan ini membuatkan aku termenung sebentar. Mengkaji kambali diriku. Kenapa pula aku kene berazam ketika tahun baru sahaja ya? Lagi 1 persoalan tiba-tiba bermain di benak fikiran ku.

Baiklah, kali ni aku handak berazam dengan sebenar benar azam, bukan hanya berazam kerana tahun baru, tapi berazam untuk seumur hidup. Aku hendak letakkan satu matlamat pada diri aku dan struggle to archive it. So azamku untuk tahun 2008 hingga 2___ azam aku ialah untuk manjadi yang terbaik dari yang terbaik, berusaha dan buat lebih baik dari apa yang aku buat hari ni dalam apa juga perkara. Baiklah aku telah tetapkan azamku. Kini aku harus buktikan pada dirku yang aku mampu melaksanakan azamku itu. Kini aku sedar bahawa azamku itu ialah matlamat hidup ku.

p/s : Masa lalu adalah seperti melihat dari tingkap kaca yang berdebu, segalanya nampak senyap dan tidak pasti.

cerita lawak

Disember 29, 2007

Pagi tadi aku bukak Friendster so aku dapati ada satu mesej yang menarik yang membuatkan aku tersenyum depan monitor pagi ni, tapi senyum aku pagi ini bukan seperti senyum biasa (senyum + ketawa= gembira) tapi senyum aku pagi ni lain. Aku pun tak tau macamna nak gambarkan. So aku copy mesej tersebut and post di sini buat tatapan my reader’s.

Bayangkan benda ini berlaku pada anda….. Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah… tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnyer dgn pakaian hitam.. tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun… lalu salah seorang lelaki tu bertempik ” “Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu” Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri…. daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Iman tu… Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata: “Ok Pak Iman, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Iman mulakan sembahyang Jumaat”…. Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah….

Macammana.. adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas. Selain terhibur anda fikirlahlah. ..

” Lawak kan , dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 20 yg betul-betul beriman… “

” Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya… kedua lelaki hanya membawa mesin-gun.. dia tak kata pun nak bunuh.. tapi generasi skrang.. amat lemah.. baru kena ugut terus lari lintang pukang.. lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi…”

“Lawak, ada juga yang agamanya Cuma seminggu sahaja.. tu pun bila time sembahyang jumaat.. tunjuk muka kat org kampung.. ada tu lagi dashyat setahun 2 kali aje.. bile time sembahyang raya…”

“Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al Quran”

“Lawak kan , berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia”

“Lawak, kita boleh bersembang dgn boyfriend atau girlfriend berejam-rejam tapi nak berdoa kepada ALLAh alahai.. tak cukup masa..

Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak thread atau email yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel2 yang berunsur agama.

Lawak kan ??? Kenapa gelak tu kan realiti.. tapi yg paling lawak sekali.. berapa orang yang lepas baca benda ni akan sampaikan kat orang lain…

p/s : berpesan-pesanlah sesama manusia :)

Hujan – Bila aku sudah tiada

Disember 24, 2007

Bila, aku sudah tiada
Simpan semua lagu ku
Jangan di tangis selalu

Mungkin, itu sementara
Bila jumpa pengganti ku
jangan di lupakan aku

Pagi itu indah seperti biasa
Tidur yang lena terhenti di sana
Layap kuyu masih tak terdaya
Bukalah tingkap mu
Curahkan cahaya…

Siapa yang sangka
Bila tiba masa kita
Untuk pergi selamanya

Takkan terduga
Jika saat ni
Tuhan tentukan
Aku lah orangnya

Gelak tawa tangisan yang hiba
Kenangan kita masa di dunia
Alangkah indahnya jika
Kita mampu hidup selamanya…

p/s : memories remains

kubur cinta

Disember 24, 2007

Entah.. aku rasa gambar di atas cukup untuk memberitahunya maksud yang ingin ku sampaikan. Entah.. kadang-kadang aku tercari-cari kesilapan diriku. Apa salahku?, mana silap ku? dan kadang-kadang aku rasakan salah silap itu bukan daripadaku. Lama aku memikirkanya. Bukan sehari dua tapi setiap masa. Lalu inilah keputusan muktamad ku. Aku kuburkan cintaku. Biarlah kenangan dan harapan itu bersemadi. Aku tak mampu memikulnya. Bebanya makin berat kian terasa. Puas sudah aku merenung impian dan harapan yang aku bina dahulu. Hancur sedikit demi sedikit aku tak mampu membinanya lagi dan aku takkan membinanya kembali. Aku biarkan sahaja ia hancur kali ini. Lalu aku ukirkan nisan ini..bersemadi bersama cintaku.

p/s : Manusia tidak dapat menuai cinta sampai dia merasakan perpisahan yang menyedihkan, dan yang mampu membuka fikirannya, merasakan kesabaran yang pahit dan kesulitan yang menyedihkan.

selamat hari jadi papa..

Disember 21, 2007

Selamat hari jadi papa. 21.12.2007 genap umur papa 80 tahun.Moga papa panjang umur dan murah rezeki. Sorry Long tak dapat bagi apa-apa malam tu. Gaji pun belum masuk lagi. Cuma sebuah bacaan doa selamat aje Long dapat bagi malam tu. Emm.. Terima kasih sebab jage Long..emm bagi Long duit tetiap bulan.. terima kasih atas segala-galanya.. Long sayang papa and please don’t you ever leave me.
p/s : patutnya papa, tapi tukang kek tuh tulis bapa lak :(

aku seperti pelangi

Disember 15, 2007

Hari ini aku kehilangan seseorang lagi. Seorang teman yang aku rasakan senang berkawan denganya. Walaupun aku dan dia baru sahaja mengenali antara satu sama lain. Tapi bagaikan ada satu ikatan antara kami yang menjadikan diri kami berdua saling memahami.. saling mengerti antara satu sama lain. Situasi kami juga lebih kurang sama. Entah, banyak persamaan yang aku dapat rasakan antara diri aku dan diri dia. Lain daripada sesiapa yang pernah aku kenal sebelum ini. Tapi hari ini aku terpaksa melepaskan seorang teman ini. Aku faham keadaanya. Mahu atau tidak dia terpaksa pergi.

Alhamdulillah dia pergi dengan menyatakan pada aku sebabnya, bukan pergi meninggalkan ku dengan seribu persoalan. Walaupun aku sedih. Aku gembira, gembira kerana tuhan temukan aku dengan dia walaupun hanya seketika. Dalam waktu yang singkat ini juga aku dah banyak belajar tentang sesuatu. Terima kasih kepadanya yang banyak memberikan ku nasihat, sokongan dan bantuan tika aku terjatuh. Terima kasih kerana sudi menjadi sahabatku. Terima kasih kerana sama-sama dengan kawan ku yang lain membangkitkan aku dari mimpi itu.

Kadang-kadang aku rasakan diri aku ini seperti pelangi. Pelangi yang muncul selepas hujan, memberikan warna-warna pada langit, menjadikan langit yang tadinya mendung kembali ceria dan menjadikan setiap orang yang melihatnya tersenyum dengan kecantikanya sebelum pelangi itu lenyap. Tetapi kecantikan pelangi itu akan tetap berada dalam hati sesiapa yang melihatnya. Begitu juga dengan aku, aku telah menjadikan hidup teman aku itu ceria, aku telah membuatkan teman aku yang bermuram itu tersenyum gembira sebelum aku pergi. Aku memang selalu jadi pelangi..kenapa ya?. Apa pun aku gembira sebab aku berpeluang jadi pelangi dalam hidup seseorang.

Terima kasih Ya Allah kerana menemukan aku dengan dia. Memberikan aku peluang mengenali dia. Memberikan aku peluang membantunya. Aku bangga kerana mempunyai seorang teman yang berpendirian dan bersifat begitu. Beruntung sungguh sesiapa yang akan memilikinya 1 hari nanti. Tugas aku telah selesai hingga kini, aku telah lakukan apa yang patut aku lakukan sebagai seorang teman. Aku akan sentiasa doakan kejayaan dan kebahagianya.. di dunia dan di akhirat kelak.

p/s : Sahabat sejati adalah mereka yang sanggup berada disisimu ketika kamu memerlukan sokongan walaupun saat itu mereka sepatutnya berada di tempat lain yang lebih menyeronokkan.

DISTANCE

Disember 14, 2007

YOU ARE MY FRIEND
aa, ano hi no yume, ima demo mada wasuretenain deshou?
yOU ARE MY DREAM
aa, hajimete bakka, kimi wa MY LONG LOST FRIEND
whoa, ima tabidatsu yo!

EVERY DAY, koro saki no SHINE de
I WANNA SEE YOU, hikaru MY SOUL ON FIRE
kore de miosame no FUN DAYS
TO BE THE FUTURE, mezashi TAKE OVER, dakara I’LL DREAM ON

I’LL GO THE DISTANCE
mihatteru sora SO FULL
norikonda STARTING
ore ga saiko no POWER, FULL TILT!

YOU ARE MY FRIEND
aa, ano hino yume, ima demo mada wasuretenain deshou?
YOU ARE MY DREAM
aa, hajimete bakka, kimi wa MY LONG LOST FRIEND
whoa,ima tabidatsu yo!

THANK YOU MY FRIEND
aa, ano hi no koto, ima demo mada oboeteru kara
YOU ARE MY DREAM
aa, mou kondo koso mamoru MY WAY
whoa, THE DISTANCE!

masa

Disember 13, 2007

Sahabat setia aku adalah masa. Masa aku itu adalah umurku. Dia sentiasa mengiringi aku di mana sahaja aku berada, di waktu rehat aku, ketika musafir aku, di kala tidur pun dia bersamaku. Masa tidak pernah lekang dariku. Dia amat setia dengan aku. Tapi aku sedih aku selalu mengkhianatinya padahal dia adalah umurku. Dengan masa selalu aku derhaka dengan Tuhan. Di dalam masa itulah juga aku selalu alpa dan leka dengan tuhan yang menciptakan aku. Aku sedih dia sangat setia denganku tapi aku gunakan dia menderhakai Tuhan. Aku tidak setia dengannya, sedangkan dia setia dengan aku. Aku selalu mencemarkan dan membazirkan masa aku dengan kemahuan aku. Begitulah setiap kali dia bersamaku.

Ya Allah! Berilah aku hidayah bersama masa sahabat setiaku. Agar aku tidak sia-siakan sahabatku dan supaya aku menemui mu di dalam keredhaan mu.

p/s : Demi masa sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian melainkan orang yang beriman dan beramal soleh dan berpesan-pesan kepada kebenaran dan berpesan-pesan kepada kesabaran.

doa seorang kekasih…

Disember 10, 2007

Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta sekali lagi, jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku pada-Mu kali ini

Ya Allah, jika aku jatuh hati sekali lagi, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu, agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta sekali lagi.

Ya Rabbana, jika aku jatuh hati sekali lagi pada seseorang, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling pada hati-Mu kali ini.

Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu pada seseorang sekali lagi, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu.

Ya Allah, jika aku rindu pada seseorang sekali lagi, jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindukan syurga-Mu.

Oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan
Dia milikku, tercipta untuk diriku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan di antara kami

Ya Allah, ku mohon
Apa yang telah Kau takdirkan
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
Pelihara daku dari kemurkaanMu

Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah
Beri kekuatan jua harapan
Membina diri yang lesu tak bermaya
Semaikan setulus kasih di jiwa

Ku pasrah kepadaMu
Kurniakanlah aku
Pasangan yang beriman
Bisa menemani aku
Supaya ku dan dia
Dapat melayar bahtera
Ke muara cinta yang Engkau redhai

Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih
Engkau sahaja pemeliharaku
Dengarkan rintihan hambaMu ini
Jangan Engkau biarkan ku sendiri

Agarku bisa bahagia
Walau tanpa bersamanya
Gantikanlah yang hilang
Tumbuhkan yang telah patah
Ku inginkan bahagia
Di dunia dan akhirat
PadaMu Tuhan ku mohon segalanya