Pagi ini aku lawati laman web Utusan online bagi mengetahui perkembangan adik Syarlinie. Pagai tadi aku terdengar di radio katanya adik Sharlinie masih belum di jumpai. Aku betul-betul simpati atas nasib yang menimpa keluarganya.. Kemudian aku temenung seketika. Teringatkan kembali fotofit gambar “lelaki kucing” itu. Hingga kini dia masih belum di jejaki. sama-samalah kita doakan agar adik Sharlinie selamat dan lelaki binatang ini dapat di tangkap supaya tiada siapa yang kan manjadi mangsanya selepas ini. Apa yang berlaku pada adik Nurin memang zalim dan tak berperi kemanusiaan. Tiba-tiba aku teringat akan satu pepatah. “Dalam kehidupan haiwan tiada manusia jalang, tapi dalam kehidupan manusia ada binatang” .
Dalam aku membelek-belek berita dalam laman web Utusan aku tertarik dengan berita berkaitan penyakit ini. Penyakit ini banyak menyerang orang Melayu dan ia berlaku setahun sekali. Masuk tahun ini telah 6 tahun penyakit ini menular, dan ia semakin menular. Terutama sekali di kalangan remaja. Tetapi tahun ini penyakit ini menjadi semakin bahaya kerana ia dah mula berjangkit pada orang yang agak dewasa pula. Apa pun tak lama lagi kita akan lihat sedekah-sedekah yang melimpah ruah dari orang Malaysia dan boleh juga aku kata orang Melayu. Malaysia Boleh! Melayu Boleh!.
Wanita dua cucu jalani uji bakat AF6
Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
KUALA LUMPUR 12 Jan. – Seorang wanita yang mempunyai dua orang cucu adalah antara 1,000 orang yang menghadiri hari pertama uji bakat Akademi Fantasia 6 (AF6) di ibu pejabat Astro, di sini hari ini.
Hainina Abd. Halim, 44, yang mempunyai pengalaman 25 tahun menyanyi di kelab malam berkata, dia menyambut baik langkah Astro membenarkan had umur 45 tahun untuk menyertai program realiti TV itu.
“Saya gembira dan memandang perkara ini sebagai satu langkah positif dan setidak-tidaknya orang seperti kami juga dapat menonjolkan bakat masing-masing,” katanya yang berasal dari Sentul.
Sejak musim pertama AF diperkenalkan pada tahun 2003, had umur bagi mereka yang ingin menyertai uji bakat berkenaan adalah dari 18 hingga 27 tahun.
Tambahnya, penyertaannya dalam uji bakat berkenaan hanyalah sebagai satu percubaan sahaja dan dia menyerahkan segalanya kepada pihak juri yang akan menilai persembahannya nanti.
“Saya juga tidak gentar untuk sama-sama bersaing dengan peserta lebih muda seandainya saya terpilih antara mereka yang terbaik menyertai AF6 kelak,” jelasnya yang menyampaikan lagu popular Anita Sarawak, Akhirnya Kini Pasti pada uji bakat itu.
Hainina berkata, penyertaannya itu juga tidak diketahui oleh anak perempuannya dan mahu menjadikan ia sebagai satu kejutan.
Sementara itu, seorang bapa kepada tujuh orang anak juga antara mereka yang mencuri perhatian pada uji bakat tersebut.
Jumaah Hussain, 41, atau lebih mesra dengan panggilan Jay dari Keramat memberitahu, populariti dan kekuatan program realiti TV itu menyebabkan dirinya tidak mahu melepaskan peluang menonjolkan bakatnya.
“Pengaruh AF cukup besar. Saya terdorong untuk menyertai uji bakat ini kerana kejayaan beberapa orang pesertanya yang berjaya dalam bidang seni,” katanya.
p/s : Teringat kembali kata pakcik aku.. ” Realiti TV akan membuatkan kita lupa dengan realiti hidup”.