Arkib bagi Bulan Februari 2008

Cinta dan Perkahwinan

Februari 18, 2008

Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya…

Pelajar: Guru, apakah erti cinta..? Bagaimanakah saya boleh mendapatkannya…?
Guru: Ada sebuah ladang gandum yang luas di depan sana. Berjalanlah kamu dan jangan sesekali kamu berundur. Kemudian ambillah satu ranting. sekiranya kamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui
cinta.

Pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong.

Guru bertanya: Mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun…?
Pelajar menjawab: Saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja, dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur kebelakang semula. sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. Jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya.

Gurunya menjawab: Ya, itulah cinta…

Di hari lainnya pula pelajar tersebut bertanya kepada gurunya, apa itu perkahwinan…?

Guru: Ada hutan yang subur didepan sana. berjalanlah kamu. tapi janganlah kamu sesekali mengundur kebelakang. tebanglah sepohon pokok saja. dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yang paling cantik,segar dan tinggi, kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.

Pelajar tersebut pun berjalan, dan tidak berapa lama, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut.

Maka gurunya pun bertanya: Mengapa kamu memotong pohon seperti ini….?

Pelajar itu menjawab: Sebab, berdasarkan pengalaman ku sebelum ini, aku hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan saya takut akan kembali dengan tangan kosong. jadi saya mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu dibawa kesini. pada pandangan saya ianya adalah pohon yang terbaik buat saya. saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya…

Maka guru itu menjawab: Itulah perkahwinan…….

p/s : Rasa seperti doktor cinta plak sekarang.

nasihat…

Februari 17, 2008

Aku harap entry aku ini dapat memberi makna pada kalian…

Jika kamu memancing ikan, setelah ikan itu terlekat di mata kail hendaklah kamu mengambil terus ikan itu. Kamu mengambil terus ikan itu. Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup…

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang. Setelah ia mula menyayangimu hendaklah
kamu menjaga hatinya. Janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu…

Jika kamu menadah air biarlah berpada. Jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh. Cukuplah sekadar memenuhi keperluanmu. Kerana apabila sekali ia retak, tentu sukar untuk kamu menampalnya semula. Akhirnya ia dibuang sedangkan jika kamu cuba membaikinya, mungkin ia masih boleh digunakan lagi…

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya. Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa. Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan kesilapan, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu memaafkannya, boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya…

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah dan cuba mencari makanan yang lain. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya lagi. Kamu akan menyesal…

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu. Menyayangimu. Mengasihimu. Mengapa kamu berlengah dan cuba membandingkannya dengan yang lain? meninggalkan dirinya untuk mencari yang lain?. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain. Kamu juga yang akan menyesal……

p/s: Penyesalan terbesar ialah apabila kita memiliki sesuatu yang baik dan kemudian melepaskanya dengan harapan akan bertemu sesuatu yang lebih baik.

tentang sahabat…

Februari 16, 2008

Berkata Hukamak:

“Sekiranya kamu hendak mengetahui akan tingkah laku, peribadi atau kelakuan seseorang adalah ia seorang yang soleh atau toleh maka tidak perlu engkau bertanya di sana sini. Cukup dengan kamu melihat siapakah
kawannya dan siapakah orang-orang yang disayanginya dan dari itu kamu akan mengetahui peribadinya kerana seseorang yang berkawan ia akan mengikuti kelakuan dan dan perbuatan kawannya itu”.

Berkata Ulama’

“Janganlah kamu berkawan melainkan dua orang dari tiga orang iaitu orangyang engkau pelajari daripadanya sesuatu tentang urusan agamamu maka orang itupun memanfaat ilmunya kepadamu.

Petikan Dari Nasihat Al-Qomah Kepada Puteranya:

Berpesan Al Qomah kepadanya, “Wahai puteraku! Sekiranya engkau merasakan perlu untuk bersahabat dengan seseorang maka hendaklah engkau memilih teman-teman yang memiliki sifat yang berikut:

1. Jika kamu ditimpa oleh bencana maka temanmu itu akan cuba melakukan sesuatu untuk menghilangkan dan meringankan kesusahanmu itu.

2. Jika kamu meminta sesuatu bantuan atau pertolongan dari teman itu maka ia akan segera mengusahakannya.

3. Jika kamu merancangkan sesuatu maka temanmu itu akan turut membantumu dengan memberikan pandangannya.

4. Jika kamu bercakap-cakap dengannya maka temanmu itu akan membenarkan kata-katamu.

5. Jika temanmu itu melihat sesuatu yang tidak baik dari perbuatan atau perkataan atau perkataanmu maka dia akan menutupinya.

6. Jika kamu mengeratkan hubungan persahabatan dengan temanmu itu maka dia akan membalas dengan baik pertalian persahabatan itu.

7. Jika kamu menghulurkan sesuatu kebaikan (hadiah) kepada temanmu itu maka ia akan menerimanya dengan baik malah ia membalasnya kembali.

8. Jika temanmu itu mendapat sesuatu kebaikan dan kebajikan darimu itu maka ia akan mengingati, menghargai dan menyebutkan akan kebaikanmu itu.

9. Jika kamu berdiam diri atau kerana malu untuk meminta sesuatu darinya maka dia akan bertanyakan akan kesusahanmu itu.

10. Jika kamu berselisih faham dengan temanmu itu maka dia lebih rela mengalah demi untuk memelihara persahabatanmu itu.

p/s : Kini aku kenal erti sahabat sejati..

Coretan malam…

Februari 16, 2008

Selamat malam semua. Sekali lagi aku memohon kemaafan dari kalian kerana lambat mengemaskini blog ini. Aku amat sibuk. Jadual aku kini padat. Dan seperti yang aku katakan sebelum ini tanggungjawab aku juga bertambah lebih-lebih lagi pada kerja. Alhamdulillah ada sedikit kenaikan gaji di berikan kan oleh ladybos aku dan ada juga ada sedikit potongan gaji bermula pada bulan Januari untuk KWSP. Walau pun kenaikan gaji tidak lah seberapa sangat namun aku bersyukur, kerana aku rasakan rezeki aku tahun 2008 amat di murah kan oleh Allah s.a.w.

Anyway, Pak lah telah mengumumkan untuk membubarkan parlimen pada 14hb Febuari. Ramai juga yang terkejut akan tindakan Pak Lah dan ada beberapa forum yang aku lawati mengatakan Pak Lah tak telus atau tiada pendirian tentang apa yang di katanya. Maklumlah malam sebelum beliau mengatakan bahawa parlimen tidak akan di bubarkan dalam masa terdekat tiba-tiba esok harinya beliau mengadap DYMM untuk meminta perkenan untuk membubarkan parlimen. So jawapan Pak lah apabila di ajukan soalan itu dalam pada Buliten Utama malam itu akan tindakanya amat ringkas katanya beliau tidak boleh memberi klu dan tak boleh mengatakan bahawa parlimen akan di buburkan esok kerana beliau haruslah mendapat perkenan dari DYMM dahulu. Satu jawapan yang padat dan tepat. So tak lama lagi perang pilihanraya akan bermula lah nampaknya. Tapi aku dah tahu siapa juaranya. BN memang ada banyak kelebihan dalam hal ini. Ada kawan yang bertanya aku menyokong parti mana. Jawapan aku mudah sahaja “aku menyokong parti kerajaan pimpinan yang sedia ada”, “kenapa?” tanya nya. “Sebab aku puas hati dengan apa yang di berikan, apa nak semua dapat. Sampai orang melayu naik lemak semua nak free” jawab ku. Kemudian dia tersenyum. Nampaknya dia faham apa yang aku maksudkan.

Laman web aku pun telah selamat di lancarkan. Banyak bugs yang telah di perbaiki. Terima kasih pada kawan-kawan “Underground Project” seperti Lady K, Clarity dan Jessy yang banyak memberikan bantuan pada aku yang bukan se-negara atau se-agama dengan mereka. They all so friendly and very helpfull terutama pada golongan noob seperti aku. Thank’s guys. Maklumlah aku ni masih baru dalam hal-hal ini. Sambutan pun Alhamdulillah lebih 60+ telah berdaftar dalam tempoh tak sampai 10 hari. Well, boleh aku katakan ini kejayaan terbesar aku. Belum pernah dalam hidup aku mendapat statistik keahlian begini. Apa pun aku harapkan semua berjalan dengan lancar. Begitu juga dengan hidup aku sekarang. Aku harapkan sang mentari kembali bersinar selepas hujan yang berpanjangan ini. Kadang-kadang aku rasakan seperti aku redha dengan ketentuan ilahi, dengan takdir, qada dan qadar tuhan padaku, namun kadang-kadang jauh dalam lubuk hatiku aku rasakan sekan akan takut,seakan akan tidak boleh terima semua ini. Apa yang boleh aku lakukan sekarang hanya berdoa supaya di beri kekutan bagi menghadapi hari mendatang yang pastinya penuh duri dan liku.

Jam pun telah menunjuakan hampir pukul 12.30 malam. Aku rasa sampai di sini sahaja lah aku dapat menulis kali ini. Mata pun mula mengantuk.Pagi-pagi esok aku hendak menziarahi kubur arwah pakcik makcik dan mama aku. Mungkin bila ada kelapangan lagi aku akan postkan entry yang baru. Selamat malam semua. Panjang umur insyallah kita jumpa lagi.

p/s : Setitis air mata menyatukanku dengan mereka yang patah hati, seulas senyum menjadi sebuah tanda kebahagiaan dalam kewujudanku… Aku merasa lebih baik jika aku mati dalam hasrat dan kerinduan…dari aku hidup menjemukan dan putus asa.

buat wanita solehah

Februari 8, 2008

Wanita solehah itu aurat dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasa di dunia ini.

Keayuan wanita solehah itu…
Tidak terletak pada kecantikan wajahnya,
Kemanisan wanita solehah…
Tidak terletak pada kemanjaannya.

Daya penarik wanita solehah itu…
Bukan pada kemanisan bicaranya yang menggoncang iman para muslimin…
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermian lidah…
Memujuk rayu…
Bukan dan tidak sama sekali.

Kepetahan wanita solehah…
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain…
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama.

Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata
yang menyeri alam…
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu
serta pandangan dari segala aspek…
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,
Itupun seandainya hati itu bersih untuk dinilai.

Wahai wanita… jangan dibangga dengan kecantikan luaran,
Kerana satu hari nanti ianya akan lapuk ditelan zaman,
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman,
Agar diri kita bersih dan sentiasa mendapat rahmat Ilahi.

Wahai wanita… jangan dibanggak dengan ilmu duniawiyang kau kuasai,
Kerana ada lagi manusia yang lebih berpengetahuan darimu,
Wahai wanita… jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,
Kerana ada lagi insani yang lebih malang darimu.

Wahai wanita solehah… jangan dirisau akan jodohmu,
Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya parasnya

Bersyukurlah atas apa yg ada…
Serta berusaha demi keluarga, bangsa, dan agama,

Jangan..

Februari 3, 2008

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya. Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.

Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa. Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa. Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah. Jangan mengumpat sesama rakan taulan, Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia. Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula. Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita. Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa. Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.

Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita. Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita. Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan. Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan. Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat). Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan. Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan. Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.

p/s : tapi selalunya apa yang dikata “jangan” itulah yang kita mahu lakukan.