Arkib bagi Bulan Mac 2008

Alhamdulillah

Mac 28, 2008

 

Letih sungguh aku, maklumlah terkejar ke sana sini 2,3 hari ini, membuat tag, surat, logo masjid, kertas kerja dan lain lain. Alhamdulillah program “Masyarakat Penyayang, Ummah Gemilang” yang berlangsung pada hari Ahad berjalan dengan lancar. Tak sangka aku ramai juga belia-belia yang hadir pada pagi itu. Tanggapan awal aku dan naib pengerusi jauh sudah meleset. Anggaran awal kami hanya dalam lingkungan 20 orang sahaja hadir pada program tersebut. Nampaknya program “Brain Wash” belia di sini berjalan lancar. Pejabat Agama Daerah segamat juga memberikan komitmen dan sokongan kepada kami . Malah mereka mengatakan belum pernah program seumpama ini di adakan di daerah Segamat dan mereka berjanji pada masa akan dating mereka mensponsor kami mengadakan program ini di luar pula. Y.B juga turut sama hadir pada program tersebut.

Mungkin ini satu permulaan bagi kami, bagi memulihkan belia-belia di sini. Jika nak memulihkan mereka 100% dalam masa yang singkat bagi aku amat sukar. Jadi kami mengadakan program seperti ini bagi memupuk minat dan member kesedaran dalam diri mereka. Letih memang letih. Mana taknya pagi kami semua bergotong royong membersihkan kawasan masjid seperti mengecat dan lain lain. Kemudian di sambung pula dengan program “Masyarakat Penyayang, Ummah Gemilang” dengan kerjasama oleh Pejabat Agama Daerah Segamat dan kemudian di sambung pula dengan aktiviti Sukaneka. Seronok memang seronok, puas aku ketawa pada hari itu. Macam macam gelagat dapat di lihat dalam semua program. Nampak di wajah setiap perserta yang mereka enjoy pada hari itu. Urusetia-urusetia yang lain juga member komitmen yang penuh pada hari itu lagi lagi pada sukaneka yang belangsung pada petang itu. Walaupun hadiah hadiah untuk pertandingan yang di adakan pada petang itu tidak seberapa. Masing masing nampak bersemangat menyertai setiap pertandingan yang di adakan. Tak kira tua, muda lelaki wanita tampa mengira usia turut sama mengambil bahagian. Duit duit hasil dari penyertaan beberapa pertandiangan kami sumbangkan kepada tabung Masjid.

Pada malam itu kawanku merangkap Penolong Pengerusi datang berjumpa dengan aku di cc. “Terima kasih zoul sebab program tu. Budak budak ni semua kata seronok dan enjoy.. memang best diorang kata”. Aku tersenyum, “bagus lah macam tu”. Jawabku pendek. “Insyallah lagi 2 3 bulan kita buat lagi sekali besar besaran punya kali ni” sambungnya. “Insyallah.. jawabku..” sambil tersenyum. Memang aku letih sangat malam tu. Kemudian aku terus meminta diri untuk pulang. ”Jom zoul abg hantar” kata bos ku. Sampai sahaja di rumah aku terus mandi, solat dan memuat turun gambar dan dari kamera digital ke dalam laptop. “Lawak sungguh diorang ni semua. Ramai juga kawan baru aku dapat pada hari ni..” kataku dalam hati. Memang aku ini jenis yang susah bergaul dengan masyarakat. Tapi hari ini aku rasakan ramai orang dah mengenali diriku. Begitu juga aku telah mengenali diri mereka. Ini lah program pertama yang aku turut kendalikan. Banyak perkara yang aku dapat belajar sepanjang mengendalikan program ini. Begitu juga dengan setiap perserta yang hadir. Jauh di dalam hati aku, aku gembira, gembira di berikan kesempatan ini.

p/s : Supaya engkau beroleh sahabat, hendaklah diri engkau sendiri sanggup menyempurnakan menjadi sahabat orang -Hamka

kupu-kupu

Mac 10, 2008

Aku ada suatu cerita ingin aku kongsikan bersama anda semua. Cerita mengenai seorang lelaki dan seekor kupu-kupu. Pada suatu hari seorang lelaki telah menemui kepompong kupu-kupu di tengah jalan. Ada lubang kecil pada kepompong itu. Dia duduk mengamati lubang itu dan melihat ada kupu-kupu cuba berjuang untuk membebaskan diri melalui lubang kecil itu. Kemudian kupu-kupu itu berhenti mencuba. Ia kelihatan telah berusaha sedaya upaya dan kini tidak mampu untuk melakukan lebih jauh lagi. Akhirnya lelaki tersebut mengambil keputusan untuk membantu kupu-kupu tersebut. Dia mengambil gunting dan memotong sisa kekangan dari kepompong itu.

Kupu-kupu tersebut keluar dengan mudahnya. Namun, dia mempunyai tubuh gembung dan kecil, sayap-sayapnya berkeriut. Lelaki tersebut terus mengamatinya sambil berharap sayap-sayap itu akan mekar dan melebar sehingga mampu menampung tubuh kupu-kupu itu, yang mungkin akan berkembang seiring dengan berjalannya waktu. Namun, harapannya hanya tinggal harapan.

Hakikatnya, kupu-kupu itu terpaksa menghabiskan sisa hidupnya merangkak di sekitarnya dengan tubuh gembung dan sayap-sayap berkeriut dan tidak sempurna. Dia tidak pernah mampu terbang.

Lelaki yang membantu kupu-kupu tersebut tidak mengerti bahawa kupu-kupu tersebut perlu berjuang dengan daya usahanya sendiri untuk membebaskan diri dari kepompongnya. Lubang kecil yang perlu dilalui kupu-kupu tersebut akan memaksa cairan dari tubuh kupu-kupu itu ke dalam sayap-sayapnya sehingga dia akan siap terbang dan memperoleh kebebasan dari kepompong tersebut.

Kadang-kadang perjuangan adalah suatu yang kita perlukan dalam hidup kita.Jika Tuhan membiarkan kita hidup tanpa ranjau dan perjuangan, kita mungkin akan jadi lemah dan tak tahan ujian. Kita mungkin tidak kuat untuk menghadapi rintangan bagi mencapai cita-cita dan harapan yang kita idamkan.

Kita mungkin tidak akan pernah dapat ‘terbang’ jauh. Sesungguhnya Tuhan itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Kita memohon kekuatan dan keteguhan hati…Dan Tuhan memberi kita dugaan dan ujian untuk membuat kita kuat dan cekal..

Kita memohon kebijaksanaan…Dan Tuhan memberi kita berbagai persoalan hidup untuk diselesaikan agar kita bertambah bijaksana dan matang.

Kita memohon kemakmuran…Dan Tuhan memberi kita akal dan tenaga untuk dipergunakan sepenuhnya bagi mencapai kemakmuran.

Kita memohon cinta…Dan Tuhan memberi kita orang-orang bermasalah untuk diselamatkan dan dicintai.

Kita memohon kemurahan rezeki dan kebaikan hati…Dan Tuhan memberi kita kesempatan-kesempatan yang silih berganti.

Begitulah cara Tuhan membimbing Kita…

p/s : Kadang-kadang Tuhan tidak memberikan apa yang kita minta, tapi dengan pasti Tuhan memberikan yang terbaik untuk kita, kebanyakan kita tidak dapat melihat hikmah disebaliknya, bahkan tidak mahu menerima rencana Tuhan, padahal itulah yang terbaik untuk kita.

temuduga

Mac 5, 2008

Banyak sungguh kerja aku hari ini. Jam makin hampir ke pukul 6.30 petang. Masih tinggal lagi beberapa PC yang belum di update. “Bang sambung esok je la ye, dah lewat ni..” “Ok” jawabnya. Aku terus packing up all my stuff dan terus keluar dari cc dan berjalan pulang. Sepenjang perjalanan aku bertanyakan solan pada diriku .”Sampai bilalah nak macam ini, aku tak boleh biarkan diri aku macam ni. Kalau tak sampai bila-bila pun orang akan memandang rendah pada aku” bentak ku dalam hati. Aku mesti buat sesuatu..

Kadang-kadang aku rasakan bosan dengan hidup aku, bagaikan tiada matlamat tiada hala tuju. Ingat lagi pada bulan lepas ketika Ladybos aku menyuruh aku mengisi borang soal selidik. “Please take it serius. Hari isnin hantar kat akak” kata Ladybos ku Nak pecah kepala aku memikirkan jawapan bagi setiap soalan yang di soalnya antaranya ialah “di mana aku akan berada 5 tahun akan datang” dan “apakah impian dan cita-citaku”. Pergh! soalan SPM pun tak membuatkan aku termenung memikirkan jawapanya. Tapi soalan itu telah membuatkan borang soal selidik yang mampu aku siapkan dalam masa beberapa minit meningkat menjadi 2 hari. Aku pun tak tahu kenapa, dulu aku mampunyai banyak cita cita, impian , harapan tapi sekarang aku tak tau kemana ia sudah pergi. Ada jugak aku bertanyakan kepada beberapa orang rakan ku,meminta pendapat mereka apa yang wajar aku tulis dalam kertas soal selidik ni. Ada yang hampir tergelak bila aku katakan aku dah macam tiada cita-cita lagi. Setelah hampir 2 hari aku memikirnya aku berjaya memberi satu jawapan yang boleh di katakan rasional. Tapi tak perlulah aku tulis di sini. Hehehe yang penting bukan “kahwin” or yang ada kene mengena dengan “kahwin”.

10 minit kemudian aku sampai di rumah Mama. Kemudian pakcik aku keluar. “Macam budak baru balik kolej je kau ni” katanya. Aku tersenyum. Lantas terus masuk ke dalam meletakan beg dan duduk di sofa ruang tamu. Kelihatan adik-adik saudara ku dan makcik ku sedang menonton TV. Tiba-tiba aku terpandang satu surat bersampul putih di almari hiasan di ruang tamu. “Surat siapa pulak ini?” aku terus bangun. “Surat untuk aku ni, daripada siapa pulak ini”, Aku tersenyum. Rupanya surat panggilan temuduga. 10.4.2008 pukul 8.30 pagi di Pejabat Risda Batu Pahat. Aku terus memberitahu pakcik ku. “Nak pergi ke?” soalnya. “Pergi je la, nothing to lose” jawabku. “Mana tau kalau dia hantar kau kat hutan ke kat hulu-hulu ke..” balasnya cuba menakutkan aku. “Ah hulu pun hulu la, kerja kat pejabat gak” jawabku. “Simpan surat tu dalam fail” sambungnya.

Mungkin tuhan dengar agaknya rintihan aku selama ini. Alhamdulillah. Lagipun ini kerja tetap. Harap aku dapat kerja ini. Aku tak boleh sentiasa duduk macam ini, umur makin meningkat. Aku masih ada matlamat. Ada cita cita, ada impian. dan aku mesti mengapai semua itu. Bukan kahwin (seperti yang kebanyakan kawan-kawan aku tulis) yang sentiasa bermain, main di kepala aku tapi keluarga. Aku mesti berjaya, aku mesti jaga keluarga ini. Umur mereka pun makin meningkat. Pakcik aku yang sulung akan pencen pada bulan 1 tahun hadapan. Aku harap aku boleh membantunya, tak banyak sedikit pun jadilah. Kemudian aku mesti menyambung balik pelajaran ku. Aku mesti memegang segulung ijazah. Aku mesti berjaya. Dan yang penting sekali aku tidak boleh biarkan diri aku di perlekehkan dan di pandang rendah. Cukuplah selama ini. Insyallah, akan aku buktikan pada semua. lagi-lagi pada arwah mama, pakcik dan makcik ku. Apapun akau tak mahu berharap sangat. Kalau dapat kerja kali ini, Alhamdulillah. Kalau tak dapat mungkin bukan rezeki aku, aku anggaplah bahawa Allah akan memberi sesuatu yang lebih baik padaku nanti. Wish me good luck ya!

Tercalon

Mac 1, 2008

Bosan sungguh aku rakan malam ni. Lepas solat Isyak aku terus bersama-sama membaca yasin dan tahlil untuk arwah pakcik, makcik dan mama aku. Ini dah menjadi rutin harian aku sejak bulan ramadhan yang lalu. Lagi pun membaca surah Yasin banyak fadhilatnya. Apa pun aku harapkan bacaan aku dapat di sampaikan kepada mereka dan sedikit sebanyak dapat membantu mereka di sana. Ini sajalah yang mampu aku lakukan untuk mereka. Walaupun aku tahu ia masih belum memadai bagi aku membalas jasa dan pengorbanan mereka padaku selama ini.

Beberapa hari yang lepas aku di jemput untuk menghadiri mesyuarat di masjid Al-Muhajirin di Bukit Siput. Pada awalnya memang aku keberatan untuk ke masjid apatah lagi menghadiri mesyuart yang tak pernah aku hadiri sebelum ini. tetapi atas menghargai dan menghormati orang yang sanggup datang menjemput aku, aku ke masjid malam itu. Malam itu selepas solat isyak aku bersama-sama jemaah lain menunggu untuk mesyuarat tersebut. “Pukul berapa meting nak start?” tanya ku pada salah seorang jemaah yang turut sama menunggu untuk mensyuarat tersebut. “Tak tau la sekejap lagi agaknya” jawabnya.”Sila la ke belakang air dah di sediakan tu..” sambungnya lagi. “Eh takpelah..” jawab ku ringkas. Kelihatan beberapa jemaah mesjid termasuk imam sedang bersembang sambil menikmati air teh yang telah pun di sediakan.

Kemudian aku ke luar. duduk di luar semantara menunggu mesyuarat bermula. Sekali sekala aku melihat jam di telifon bimbit ku. “Dah hampir pukul 10 dah ni, bila nak mula ni” bentak hati kecilku. Sebenarnya aku rasa kurang sihat pada hari itu. memang ikutkan pada mulanya aku tidak mahu pergi. tapi itulah. orang sanggup datang menjemput aku. berat pula hati aku menolak pelawaanya itu. Apatah lagi mesyuarat ini kan untuk masjid, untuk agama, apalah sangat aku luangkan sedikit masa. Dalam beberapa minit kemudian seorang lelaki keluar. ” Dik masuk mesyuarat nak bermula” katanya. Aku terus membuka selipar dan masuk ke dalam. kelihatan beberapa jemaah sedang duduk berkumpul.

Aku terus duduk bersila bersama mereka. “Baiklah tujuan mesyuart malam ini dia adakan ialah untuk menubuhkan satu biro di masjid di bawah Biro Belia Masjid. Kemudian lelaki itu memperkenalkan dirinya sebagainya pengerusi dan tujuan biro itu di tubuhkan. Lelaki itu kemudian menghulurkan sehelai kertas kepada jemaah yang lain yang meminta mereka mengisi nama, alamat,no tel dan no kad pengenalan. Kemudian di teruskan dengan sesi suai kenal. Seorang demi seorang memperkenalkan diri masing masing dengan panjang lebarnya. Tiba giliran aku. Tiba -tiba aku jadi blur. Apatah lagi bila semua mata jemaah memandang padaku. “Ah selambe je lah” kataku dalam hati. Aku memperkenal kan diriku dan di mana aku tinggal. itu sahaja. Aku tak tahu hendak kata apa lagi. Otak ku kosong. Perasaan bercampur baur, sengan ada.. malu ada.. bengang pun ada. Al maklumlah.. aku ni bukan jenis orang yang suke bergaul dengan masyarakat setempat, jemaah-jemaah yang hadir malam tuh pun aku tak kenal, kecuali pak imam dan orang yang menjemputku untuk hadir pada malam itu sahaja.

Selesai sahaja sesi sual kenal. Lelaki yang merangkap pengerusi itu tadi meneruskan agendanya yang seterusnya iaitu melantik naib pengerusi, setiausaha, AJK dan lain lain. Tiba tiba nama aku di calonkan untuk memangku jawatan setiausaha dan mendapat kosongan dari semua jemaah. Omg! aku tetnduk. tak tau nak kata apa. Itu kan hati memang aku mahu menarik diri. Tapi aku takut untuk bersuara menyuarakan bantahan. Mungkin dah nasib aku. Takdir yang tuhan telah tetapkan untuk aku. Takpalah aku terima. Ini mungkin tanggujawab baru yang perlu aku pikul. Lagi pun bukan untuk apa. Untuk agama sendiri. agenda demi agenda di bincangkan pada malam itu. aku hamya diam. memerhati dan mendengar. Banyak perkara baru yang aku perlu belajar selepas ini. Ke esoakan harinya aku menceritakan kepada kawan ku tentang mesyuart malam semalam.

“Wah jadi ustaz la ko nampknya lepas ni..”katanya. “Ustaz? gila hapa.. tak terfikir pun aku nak jadi ustaz..bacer quran pun tak fasih lagi” jawabku “Nabi dulu pun bukan tahu membaca. Slow-slow la. Lagi pun kerja yang mulia apa ni..” balasnya. ” Jawapan itu sekan-akan membuatkan mulut aku terkunci. Beberapa hari selepas itu aku di calonkan lagi menjadi setiausaha kelab Futsal. Betambah lagi tanggungjawab aku. Insyallah aku akan cuba pikul tanggujawab dan amanah yang di berikan. Teringat aku akan satu pepatah Inggeris, “From the great power come with the great responsibility”. Apa pun, terima kasih kepada kawan kawan yang sentiasa memberi sokongan dalam apa jua yang aku lakukan.

p/s : Belum lagi penamaan calon, aku dah pun tercalon.