temuduga

By faizoul

Banyak sungguh kerja aku hari ini. Jam makin hampir ke pukul 6.30 petang. Masih tinggal lagi beberapa PC yang belum di update. “Bang sambung esok je la ye, dah lewat ni..” “Ok” jawabnya. Aku terus packing up all my stuff dan terus keluar dari cc dan berjalan pulang. Sepenjang perjalanan aku bertanyakan solan pada diriku .”Sampai bilalah nak macam ini, aku tak boleh biarkan diri aku macam ni. Kalau tak sampai bila-bila pun orang akan memandang rendah pada aku” bentak ku dalam hati. Aku mesti buat sesuatu..

Kadang-kadang aku rasakan bosan dengan hidup aku, bagaikan tiada matlamat tiada hala tuju. Ingat lagi pada bulan lepas ketika Ladybos aku menyuruh aku mengisi borang soal selidik. “Please take it serius. Hari isnin hantar kat akak” kata Ladybos ku Nak pecah kepala aku memikirkan jawapan bagi setiap soalan yang di soalnya antaranya ialah “di mana aku akan berada 5 tahun akan datang” dan “apakah impian dan cita-citaku”. Pergh! soalan SPM pun tak membuatkan aku termenung memikirkan jawapanya. Tapi soalan itu telah membuatkan borang soal selidik yang mampu aku siapkan dalam masa beberapa minit meningkat menjadi 2 hari. Aku pun tak tahu kenapa, dulu aku mampunyai banyak cita cita, impian , harapan tapi sekarang aku tak tau kemana ia sudah pergi. Ada jugak aku bertanyakan kepada beberapa orang rakan ku,meminta pendapat mereka apa yang wajar aku tulis dalam kertas soal selidik ni. Ada yang hampir tergelak bila aku katakan aku dah macam tiada cita-cita lagi. Setelah hampir 2 hari aku memikirnya aku berjaya memberi satu jawapan yang boleh di katakan rasional. Tapi tak perlulah aku tulis di sini. Hehehe yang penting bukan “kahwin” or yang ada kene mengena dengan “kahwin”.

10 minit kemudian aku sampai di rumah Mama. Kemudian pakcik aku keluar. “Macam budak baru balik kolej je kau ni” katanya. Aku tersenyum. Lantas terus masuk ke dalam meletakan beg dan duduk di sofa ruang tamu. Kelihatan adik-adik saudara ku dan makcik ku sedang menonton TV. Tiba-tiba aku terpandang satu surat bersampul putih di almari hiasan di ruang tamu. “Surat siapa pulak ini?” aku terus bangun. “Surat untuk aku ni, daripada siapa pulak ini”, Aku tersenyum. Rupanya surat panggilan temuduga. 10.4.2008 pukul 8.30 pagi di Pejabat Risda Batu Pahat. Aku terus memberitahu pakcik ku. “Nak pergi ke?” soalnya. “Pergi je la, nothing to lose” jawabku. “Mana tau kalau dia hantar kau kat hutan ke kat hulu-hulu ke..” balasnya cuba menakutkan aku. “Ah hulu pun hulu la, kerja kat pejabat gak” jawabku. “Simpan surat tu dalam fail” sambungnya.

Mungkin tuhan dengar agaknya rintihan aku selama ini. Alhamdulillah. Lagipun ini kerja tetap. Harap aku dapat kerja ini. Aku tak boleh sentiasa duduk macam ini, umur makin meningkat. Aku masih ada matlamat. Ada cita cita, ada impian. dan aku mesti mengapai semua itu. Bukan kahwin (seperti yang kebanyakan kawan-kawan aku tulis) yang sentiasa bermain, main di kepala aku tapi keluarga. Aku mesti berjaya, aku mesti jaga keluarga ini. Umur mereka pun makin meningkat. Pakcik aku yang sulung akan pencen pada bulan 1 tahun hadapan. Aku harap aku boleh membantunya, tak banyak sedikit pun jadilah. Kemudian aku mesti menyambung balik pelajaran ku. Aku mesti memegang segulung ijazah. Aku mesti berjaya. Dan yang penting sekali aku tidak boleh biarkan diri aku di perlekehkan dan di pandang rendah. Cukuplah selama ini. Insyallah, akan aku buktikan pada semua. lagi-lagi pada arwah mama, pakcik dan makcik ku. Apapun akau tak mahu berharap sangat. Kalau dapat kerja kali ini, Alhamdulillah. Kalau tak dapat mungkin bukan rezeki aku, aku anggaplah bahawa Allah akan memberi sesuatu yang lebih baik padaku nanti. Wish me good luck ya!

3 Respons bagi “temuduga”

  1. neda Berkata:

    tahniah…….
    bgs2
    nanti buat betul2 k…
    u must be confident good luck 4 ur future

  2. faizoul Berkata:

    kekeke mudah mudahan ada rezeki tahun 2008 ni… amin

  3. faznur_8184 Berkata:

    wat le betol2 interview 2 nanti…
    bagus dpt keje kat RISDA tu..
    harap2 dapat ler keje tue..
    amin ….

Tinggalkan jawapan