Alhamdulillah

By faizoul

 

Letih sungguh aku, maklumlah terkejar ke sana sini 2,3 hari ini, membuat tag, surat, logo masjid, kertas kerja dan lain lain. Alhamdulillah program “Masyarakat Penyayang, Ummah Gemilang” yang berlangsung pada hari Ahad berjalan dengan lancar. Tak sangka aku ramai juga belia-belia yang hadir pada pagi itu. Tanggapan awal aku dan naib pengerusi jauh sudah meleset. Anggaran awal kami hanya dalam lingkungan 20 orang sahaja hadir pada program tersebut. Nampaknya program “Brain Wash” belia di sini berjalan lancar. Pejabat Agama Daerah segamat juga memberikan komitmen dan sokongan kepada kami . Malah mereka mengatakan belum pernah program seumpama ini di adakan di daerah Segamat dan mereka berjanji pada masa akan dating mereka mensponsor kami mengadakan program ini di luar pula. Y.B juga turut sama hadir pada program tersebut.

Mungkin ini satu permulaan bagi kami, bagi memulihkan belia-belia di sini. Jika nak memulihkan mereka 100% dalam masa yang singkat bagi aku amat sukar. Jadi kami mengadakan program seperti ini bagi memupuk minat dan member kesedaran dalam diri mereka. Letih memang letih. Mana taknya pagi kami semua bergotong royong membersihkan kawasan masjid seperti mengecat dan lain lain. Kemudian di sambung pula dengan program “Masyarakat Penyayang, Ummah Gemilang” dengan kerjasama oleh Pejabat Agama Daerah Segamat dan kemudian di sambung pula dengan aktiviti Sukaneka. Seronok memang seronok, puas aku ketawa pada hari itu. Macam macam gelagat dapat di lihat dalam semua program. Nampak di wajah setiap perserta yang mereka enjoy pada hari itu. Urusetia-urusetia yang lain juga member komitmen yang penuh pada hari itu lagi lagi pada sukaneka yang belangsung pada petang itu. Walaupun hadiah hadiah untuk pertandingan yang di adakan pada petang itu tidak seberapa. Masing masing nampak bersemangat menyertai setiap pertandingan yang di adakan. Tak kira tua, muda lelaki wanita tampa mengira usia turut sama mengambil bahagian. Duit duit hasil dari penyertaan beberapa pertandiangan kami sumbangkan kepada tabung Masjid.

Pada malam itu kawanku merangkap Penolong Pengerusi datang berjumpa dengan aku di cc. “Terima kasih zoul sebab program tu. Budak budak ni semua kata seronok dan enjoy.. memang best diorang kata”. Aku tersenyum, “bagus lah macam tu”. Jawabku pendek. “Insyallah lagi 2 3 bulan kita buat lagi sekali besar besaran punya kali ni” sambungnya. “Insyallah.. jawabku..” sambil tersenyum. Memang aku letih sangat malam tu. Kemudian aku terus meminta diri untuk pulang. ”Jom zoul abg hantar” kata bos ku. Sampai sahaja di rumah aku terus mandi, solat dan memuat turun gambar dan dari kamera digital ke dalam laptop. “Lawak sungguh diorang ni semua. Ramai juga kawan baru aku dapat pada hari ni..” kataku dalam hati. Memang aku ini jenis yang susah bergaul dengan masyarakat. Tapi hari ini aku rasakan ramai orang dah mengenali diriku. Begitu juga aku telah mengenali diri mereka. Ini lah program pertama yang aku turut kendalikan. Banyak perkara yang aku dapat belajar sepanjang mengendalikan program ini. Begitu juga dengan setiap perserta yang hadir. Jauh di dalam hati aku, aku gembira, gembira di berikan kesempatan ini.

p/s : Supaya engkau beroleh sahabat, hendaklah diri engkau sendiri sanggup menyempurnakan menjadi sahabat orang -Hamka

Tinggalkan jawapan