Apa ada di dalam beg…

By faizoul

Pagi-pagi lagi dah kene tagged ngan Fina. So nak tak nak terpaksalah aku tunjukan apa yang ada dalam beg aku pula. Haha tak tau nak mulakan dengan apa. Blur. Namun apa yang aku bleh katakan, backpack aku ni di antara teman paling setia yang sering menemaniku kemana mana sahaja terutamanya waktu berkerja, dan harta bendaku di dalamnya boleh di katakan amat bernilai lah juga. Kalau hilang boleh menangis jugak di buatnya. Haha siapa tak sayang harta kan. Kadang kadang risau jugak aku meninggalkan beg di CC untuk keluar membeli makanan atau ketika bersolat. Mana tau silap hari bulan. Aku di timpa nasib yang sama seperti beberapa bulan lepas. Nokia N70, aku membelinya dengan harga RM1600. Hilang begitu sahaja. Serik!!

Northface Terra 30L Notebook Backpack ialah beg yang aku gunakan. Banyak komen sebelum ni yang aku terima di Yoouth! Myspace atau Friendster aku memakai beg seperti aku hendak ke kolej. Haha mungkin kerana gaya penampilan aku agaknya. Hahaha..entahlah. Beg ini masih baru lagi, Aku membelinya 3 bulan yang lepas. Kalis air. sesuai untukmelindungi kesemua harta aku di dalam daripada perubahan cuaca yang selalunya berlaku secara tiba-tiba. Tujuan utama aku membeli beg ini ialah untuk melindungi “Si Lappy” (nama manja laptop). Maklumlah cuaca di negara beriklim katulistiwa ini. Ia boleh memuatkan muatan sehingga 30 liter. Jika hendak di bandingkan dengan beg yang aku gunakan sebelum ini, backpack dari Northface ini begitu ringan selesa di gunakan. Ok so jom tengok apa yang ada di dalamnya pula.

  • Notebook Compaq Presario – Nama manjanya si Lappy. Intan payung dan juga nyawaku.

  • Notebook Cover – Melindungi Si Lappy dari tercalar dan juga habuk, selain itu bertindak sebagai penyerap hentakan.
  • Headphone – Menghayati lagu tampa merasa ganguan bunyi sekeliling terutama sekali CC yang suasananya memang bising.. di gunakan juga ketika waktu malam, atau ketika memonton movie.
  • DC Cable – Penting kerana bateri Si Lappy hanya boleh bertahan selama 3 jam (full charge).
  • Mouse pad – Logitec Mouse Pad amatlah perlu ketika mengunakan Adobe Photoshop.
  • Mouse – Tiada di dalam gambar, tertingal di CC :P

  • Black book – penting bagi aku mencatit nota-nota ringkas tentang maklumat yang aku jumpa di internet.
  • CD book – Untuk menyimpan Cd-cd software dan driver, memelihara cd dari calar.

  • Wallet – Sentiasa berada di dalam beg, menyimpan Kad pengenalan, duit dan,biz card
  • Ubat “Folic Acid & Vitamin B-Complex” – Kadang-kadang makan, kadang kadang tidak.
  • Creative Nano Mp3 - Menghiburkan diri aku di kala sunyi (tiada elektrik atau ketika berjalan)
  • Lens Cleaner – Mengelap dan membersihkan monitor “Si Lappy” yang selalunya berhabuk.
  • Nokia DKU Cable – Cable connectivity untuk telifon bimbit Nokia.
  • Keychan – Di berikan oleh seeorang pada 6 tahun yang lepas. Bertindak sebagai My Lucky Charm.
  • Jam Tangan – Swacth Conform, amatlah perlu bagi aku mengatur jadual harian ku supaya semuanya tidak kelang kabut.
  • Pouch – Menyimpan duit syiling, untuk di gunakan ketika waktu terdesak. Menaiki bas or lain-lain.
  • Bateri – Rechargeable Energizer battery untuk kamera digital ku.
  • Nokia 1200 – Penting bagi menerima pangilan dan menghantar SMS. Sejak kehilangan N70 serik sudah menggunakan HP yang mahal-mahal.
  • Nokia Charge Connector – Connector pengecas untuk HP di kala kecemasan.
  • Pendrive – Pendrive 1GB yang di beli 2 tahun yang lepas, berharga RM99. Mahal sungguh waktu tu. Jika di bandingkan dengan harga sekarang yang jauh lebih murah.
  • Kunci – Kunci CC, jika tiada alamatnya tak bukak lah CC. Di hiasi dengan Soft-toys “Patrick” Nampak comel kan?

Jadi, inilah barang barang yang ada di dalam beg aku, yang aku galas setiap hari. Beratnya entah la. Mungkin lebih 3KG. Sedar tak sedar dah lama aku tidak mengemas kandungan dalam beg aku ini. Jika tidak di tag semalam belum tentu aku akan menyelongkar beg aku ini. Terima kasih Fina sebab tag Zoul. Dan di bawah ialah sampah sampah yang di jumpai di dalam beg sewaktu selesai proses pengambaran :P

p/s : Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Tinggalkan jawapan